Others: ♥ ♥ ♥
Beberapa amalan menghidupkan malam & pagi raya aidilfitri

lam
beberapa hari lagi Ramadan yang mulia akan melabuhkan tirainya yang
menandakan berakhirnya kemuliaan bulan ini dan disusuli pula dengan
kedatangan Hari Raya Aidilfitri, atau menurut bahasa Arabnya ialah ‘Idul
Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah. Ini kerana
sepanjang sebulan di bulan Ramadan, seseorang itu telah memenuhkan
agenda bulan tersebut dengan pelaksanaan amal ibadat yang mampu
menjadikannya sebagai hamba Allah yang terbaik seperti membaca dan
bertadarus al-Quran, bersolat jamaah sama ada solat-solat fardu dan
tarawih, bersedekah, beriktikaf dalam masjid, memberi atau menyediakan
juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa dan banyak lagi. Seolah-olah
amalan yang dilakukan itu menjadikannya bersih serta suci bagaikan
anak-anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu mereka, inilah yang
dikatakan kembali kepada fitrah, selagi mana seseorang tidak memelihara
fitrah selepas Ramadan, maka tidak mustahil fitrah dirinya terdedah
kepada virus yang menjerumuskannya ke dalam lembah kehinaan. Walau
bagaimanapun kejayaan mentarbiahkan diri sebulan pada bulan Ramadan dan
berakhir dengan sambutan Aidilfitri, tidak disia-siakan kerana Allah
SWT memuliakan mereka dengan hari raya seperti yang diungkapkan-Nya
menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan supaya kamu
cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan
Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya
dan supaya kamu bersyukur." Sesungguhnya umat Islam
merayakan hari raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai
jenis amal bakti yang diredai oleh Allah SWT, di antaranya solat Hari
Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan
lain-lain lagi. Kemuliaan Hari Raya
Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan
dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah
al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan
(hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir
raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi
orang-orang yang bersyukur." Kemuliaan Hari Raya juga
diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya
Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak
akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir
ingkar pada hari kiamat. Daripada hadis di atas
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang
disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang
beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana
berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil
daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti
berpuasa di bulan Ramadan. Sebaliknya orang yang kufur
dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana
dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. Terdapat
juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam
Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang
bermaksud:
"Barang siapa menghayati malam
Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah
sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan
mati seperti hati orang-orang kafir."
Umat
Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai
bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini
diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Firman
Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan
Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid
kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Daripada
hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan
Tahmid. Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w.
bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu
iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid
dan Taqdis. Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah
digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang
boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan
mati pada hari kiamat. Adalah lebih baik mengemas
rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk
persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir
dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan
cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton
rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka
Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu
sedikit sebanyak boleh menDajejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.
Aktiviti pagi raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.
|