//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. :D


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: RosShazuin
Others:   



Prolog


                         “Cik, maaf saiz kasut yang Cik minta sudah kehabisan stok, tapi kalau Cik nak juga kasut yang itu. Cik boleh tunggu minggu depan sementara pihak kami membuat penempahan” panjang lebar juru jual menyusun kata-kata agar pelanggannya tidak berasa hampa.
           “ Kalau macam tu takpa lah… saya boleh pilih kasut yang lain..,” Melilau mata Intan Ariayana mencari kasut untuk kegunaan harian. Kasut yang mahu dipilihnya bukanlah terlalu havoc hanya biasa-biasa tetapi terlalu sukar untuk dia berkenan cuma kasut tadi menjadi pilihannya.
           Setelah penat mencari kasut yang mengikut citarasanya dia singgah ke butik pakaian untuk membeli beberapa helai baju. Bukan selalu dia memborong sakan , hanya sekali sekala apabila terasa boring duduk di rumah. Sudah beberapa bulan Intan Ariayana menjadi penganggur terhormat.
          Apabila sudah selesai membuat pembayaran di kuanter pembayaran di keluar dari butik tersebut untuk singgah ke butik yang lain pula.
       “Terasa dahaga pula”
          Selesai sahaja membeli minuman Intan Ariayana masih gagah lagi untuk singgah ke butik-butik. Disebabkan kebetulan pada hari itu ada sale besar-besaran matanya menjadi rambang, bukanya rambang melihat pakaian yang cantik-cantik belaka tetapi rambang melihat harga yang murah.
         Sedang ralit dia melihat pakaian sambil berjalan dia terlanggar seorang pemuda. Habis mukanya terkena ice-cream vanilla kepunyaan pemuda tersebut. Baju pemuda tersebut juga basah apabila air jus orange kepunyaan Intan Ariayana tumpah dek kerana terkene badan pemuda tersebut .
          “ Erkkkk…. Shitt… shitt ” Harith Iskandar  menjerit kecil. Mukanya berubah bengis hilang ketampanan pada mukanya.  
          Intan Ariayana menguis ice-cream pada mukanya . Mukanya berubah merah dek berasa malu , dia bukannya malu kerana ice-cream yang bertepek di muka tetapi malu menjadi tontonan orang yang sedang membeli belah. Nak saja di tutup mukanya ataupun lenyapkan diri buat seketika.
        “ Saya minta maaf ” tidak surut lagi amarah Harith Iskandar biarpun Intan Ariayana sudah meminta maaf.
         “ Maaf…? kau ingat dengan minta maaf baju aku ni kering” mata Intan Ariayana bagaikan ada cecair putih yang membasahi pipi. Namun masih boleh lagi dia menahan cecair putih dari matanya itu untuk keluar. Dia masih membisu seribu bahasa , hilang kata-katanya. Cuma hatinya yang menyumpah-nyumpah.
      “ Berapa harga baju yang Encik pakai , saya boleh ganti rugi….,” Harith Iskandar memandang Intan Ariayana dari atas hingga kebawah berulang kali. “ Ciss, macam kaya sangat je nak ganti baju aku yang beratus ringgit ni... baju sendiri pun beli kat pasar malam.. ,” Harith Iskandar berdailog didalam hatinya . Tapi dia tidak boleh menipu diri sendiri gadis ini sememangnya cantik. Kali pertama pandang nampak seperti gadis korea yang sedang membeli belah.       
         “ Kalau aku cakap, kau bukan mampu pun… lebih baik tak payah cakap.” terus Intan Ariayana mengeluarkan purshe dari handbagnya. Bukan dia mahu riak tetapi geram dengan kesombongan pemuda tersebut.Melompong mulut Harith Iskandar apabila melihat wang tunai yang di keluarkan oleh lntan Ariayana. Hish beraninya Intan Ariayana keluarkan duit yang banyak didepan pemuda tersebut gamaknya pemuda tersebut peragut bersiri bagaimana.
       “ Harga baju yang Encik pakai berapa ??” muka  Harith Iskandar berubah menjadi merah, terasa maruahnya di injak-injak.
       “ Lupakan kalau kau kasi duit pun baju aku ni still tak kering…,” tulah berlagak tak bertempat sangat tengok langit tu tinggi ke rendah. Lain kali lihat seseorang bukanya pada pakaian sahaja.
      Intan Ariayana membelek beg membeli belahnya untuk mengambil baju t-shirt yang berjenama polo yang dibeli untuk abangnya . “ Kalau macam tu, nah baju ni … mungkin tak semahal baju yang awak pakai..” sambil menghulurkan t-shirt tersebut. Ikhlas Intan Ariayana memberi baju tersebut.
       “ No… I don’t need this t-shirt  but I nak you temankan I beli t-Shirt lain” Tergamam Intan Arianya apabila pemuda tersebut meminta dia untuk menemani pemuda itu membeli t-shirt. Nak masuk jarumlah tu, baru je jumpa dah nak mengurat. Jelek sungguh perangai.
        “ Argggghhh … apa masalah awak  hah… cerewet!!!! Ice-cream awak yang kena muka saya ada saya minta ganti rugi…,” Intan Ariayana sudah hilang sabar dengan pemuda tersebut.
        Dalam nada ketawa “ Habis awak nak saya ganti muka awak….”
         “ Muka saya ni limited adition mana boleh bertukar ganti tak macam baju yang awak pakai” Intan mencebik.
         “ Kalau dah tahu limited adition kenapa minta ganti” hilang sudah amarah Harith. Dia lebih seronok mengenakan gadis itu. Dia bagaikan nampak sesuatu yang lain pada gadis itu. Sesuatu yang berlainan? Pelik perasaan ini.        
        “ Nah” Intan Ariayana memasukkan wang tunai yang bernilai RM 500.00 kedalam poket baju pemuda tersebut dan berlalu pergi meninggalkan pemuda tersebut.Nasib baik pemuda itu tidak mengejarnya.
         “Kalau di layan karenah pemuda cerewet tu sampai ke malam aku tak balik” sambil berjalan ke tandas untuk membersihkan mukanya yang melekit dengan ice-cream vanilla.
          “ I like it” amboi suka lah tu dapat duit. OPSS bukan suka dapat duit tapi suka gadis tadi. Hah suka gadis tadi biarpun baru bersua muka. Memang jelek perangai Harith pantang nampak gadis berdahi licin sikit nak masuk jarum.